July 27, 2024

Rangka manusia ditemukan di hutan bakau Kampung Wai

Rangka manusia ditemukan di hutan bakau Kampung Wai


KANGAR –  Rangka manusia yang sudah reput ditemukan di belukar hutan bakau di Jalan Batu Buaya, Kampung Wai di Kuala Perlis dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat  mengenai penemuan itu daripada orang awam pada 4.20 petang.

“Pemeriksaan menyeluruh di lokasi tidak menjumpai apa-apa yang mencurigakan dan pemeriksaan terhadap rangka itu mendapati ia tidak cukup sifat dan sudah reput. Rangka itu mungkin dihanyutkan atau dimakan binatang di belukar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, siasatan awal pihak polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

Rangka itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top