Rangkaian ULTRA5G U Mobile tembusi lebih banyak kawasan

Rangkaian ULTRA5G U Mobile tembusi lebih banyak kawasan

Rangkaian ULTRA5G U Mobile tembusi lebih banyak kawasan


KOTA KINABALU: U Mobile terus memperkukuh kedudukannya di Sabah apabila memperluaskan lagi rangkaian 5G generasi baharu, ULTRA5G, yang kini tersedia di beberapa kawasan utama termasuk Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort dan Kudat dan lebih kawasan akan datang.

Ia komitmen berterusan syarikat dalam menyokong transformasi digital negeri serta memperkasa pertumbuhan ekonomi digital Sabah melalui penyediaan rangkaian yang lebih maju dan berkapasiti tinggi.

Liputan dalaman turut disediakan di lokasi tumpuan seperti Imago Mall dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menerusi pelaksanaan In-Building Coverage (IBC), sekali gus memastikan rangkaian 5G yang lebih lancar dan konsisten.

Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen, berkata pihaknya giat memperluas rangkaian 5G generasi baharu itu dan berbesar hati dapat terus mengukuhkan kehadiran di Sabah bagi menyokong agenda transformasi digital negeri berkenaan. 

“Peningkatan ketersediaan rangkaian ULTRA5G bukan sahaja mempertingkat pengalaman pengguna, malah membolehkan rakyat Sabah merebut peluang pendigitalan melalui aplikasi 5G-Advanced dan kecerdasan buatan (AI), di samping penyelesaian bertaraf perusahaan serta perkhidmatan keselamatan siber yang selamat.”

“Sebagai syarikat tempatan, U Mobile turut bekerjasama secara aktif dengan rakan strategik tempatan termasuk Celcom Timur Sabah bagi penyediaan gentian optik sebagai sokongan rangkaian utama,” katanya.

Kerjasama itu bukan sahaja menyokong pelaksanaan rangkaian, malah mewujudkan peluang pekerjaan tempatan, pembangunan kemahiran serta pertumbuhan perniagaan yang memberi manfaat berterusan kepada rakyat Sabah.

Sebagai rangkaian 5G terbaharu dan paling maju di Malaysia, ULTRA5G menawarkan kapasiti dua kali ganda bagi menampung trafik yang lebih tinggi serta kepadatan pengguna yang semakin meningkat.

Ia turut menyediakan respons masa nyata serta teknologi pembahagian rangkaian yang membolehkan pengalaman penstriman dan permainan dalam talian lebih lancar, selain panggilan suara dan video yang lebih jelas.

Bagi sektor perusahaan, keupayaan rangkaian dipacu AI dengan kecekapan spektrum maksimum itu membuka ruang kepada pelaksanaan Internet Kebendaan (IoT), pembangunan bandar pintar serta penyelesaian AI masa nyata melalui rangkaian 5G persendirian.

Pengalaman peralihan 4G ke 5G yang lancar turut memastikan keperluan pengguna dan perniagaan yang semakin berkembang dapat dipenuhi secara menyeluruh.

Dengan sasaran liputan antara paling luas dan mendalam di Malaysia, ULTRA5G dijangka memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat Sabah melalui panggilan video yang lebih jelas, penstriman ultra lancar serta prestasi lebih baik di kawasan sesak dan bertrafik tinggi.

Pengguna juga berpeluang mengakses aplikasi digital dan AI terkini yang menyokong gaya hidup moden serta menikmati ketersambungan lebih stabil untuk tujuan pekerjaan, pembelajaran dan hiburan.

Dalam masa sama, perniagaan tempatan termasuk sektor peruncitan dan hab pengangkutan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu boleh memanfaatkan teknologi 5G-Advanced serta penyelesaian AI bagi mempertingkat kecekapan operasi, memperkemas aliran kerja dan menambah baik pengalaman pelanggan, disokong oleh perkhidmatan keselamatan siber bertaraf perusahaan.

Bagi mengukuhkan lagi kehadirannya di negeri ini, U Mobile yang memiliki cawangan di Imago Mall kini membuka satu cawangan baharu di Kompleks Karamunsing bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat lanjut dan perkhidmatan berkaitan ULTRA5G. 

Syarikat itu turut menawarkan pelan khusus untuk pasaran Sabah menerusi U Borneo Prepaid, Postpaid dan U Home 5G Borneo yang disesuaikan dengan keperluan pengguna setempat.

Pelancaran ULTRA5G di Sabah turut diraikan menerusi penganjuran Cara U Sabah ULTRA5G Fest yang berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung. 

Acara itu menampilkan pelbagai inovasi 5G, persembahan serta pengalaman teknologi interaktif yang memberi gambaran jelas mengenai potensi rangkaian generasi baharu dalam memperkasa komuniti dan ekonomi digital negeri.

Untuk maklumat lanjut mengenai ULTRA5G, layari laman sesawang rasmi U Mobile.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top