“Rasa Macam Tak Cantik Walaupun Lepas Buat Rambut, Saya Nekad Pakai Tudung” 

“Rasa Macam Tak Cantik Walaupun Lepas Buat Rambut, Saya Nekad Pakai Tudung” 


Penampilan isteri kepada penyanyi Cat Farish iaitu Shikin Maembong menjadi perhatian apabila tampil memakai hijab dalam satu hantarannya. Menerusi hantaran di Instagram, Shikin menulis kapsyen hadiah bersempena ulang tahun kelahiran suaminya.

Memetik Oh Bulan, Shikin berkata dia sudah lama memikirkan untuk memakai hijab serta berkongsikan detik dia membuat keputusan berkenaan.

BACA: Shikin Maembong Berhijab Sempena Hari Lahir Suami 

Menurut Shikin, meskipun dia menjaga ibadah namun dia merasakan ada yang kurang kerana dia masih belum berhijab tambahan pula usianya semakin meningkat.

“Sebenarnya sudah lama terfikir untuk bertudung, saya pun dah umur 43 tahun. Pada mulanya saya rasa seperti kekurangan sesuatu, rasa macam tak cantik walaupun selepas buat rambut di spa.

“Jadi saya nekad untuk pakai, sebab ada rasa bersalah. Kita solat, minta Allah murahkan rezeki, minta itu ini tapi benda wajib iaitu berhijab, saya belum lakukan.

“Bila sudah berumur, solat dan ibadah semua kita jaga tapi masih rasa seperti ada sesuatu yang kurang, aura pun rasa lain. Sebab pada saya, selagi tak berhijab, ia belum sempurna.

“Tetapi sudah memakai hijab, Alhamdulillah semakin dimurahkan rezeki, dapat tawaran kerja, dipermudahkan urusan dan aura semakin berseri,” katanya.

Sementara itu, Shikin berkata suaminya antara individu yang paling gembira dengan perubahannya itu serta memuji kecantikannya apabila berhijab.

“Suami tak pernah memaksa, tetapi dia ada beri bayangan. Dia kata, ‘belilah baju yang sesuai untuk pakai tudung.’ Jadi, saya rasa dia mungkin suka kalau saya pakai.

“Reaksi dia apabila melihat saya pertama kali pakai, dia sangat gembira, bersyukur dan asyik memuji saya makin cantik. Alhamdulillah, anak pun suka dan mentua saya juga gembira melihat penampilan baharu ini,” katanya.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top