“Rasa Sakit Ini Saya Akan Bawa Sampai Mati” 

“Rasa Sakit Ini Saya Akan Bawa Sampai Mati” 


Pelakon Amyza Aznan mengakui pemergian anaknya, Allahyarham Andre Mikhail membuatkan hidupnya seperti hilang makna lebih-lebih lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Memetik HibGlam, Amyda berkata tiada ibu yang mahu melihat anak mereka ‘pergi’ dahulu dan tidak tidak pernah terfikir akan melalui ujian berkenaan.

BACA: Amyza Aznan Sebak Individu Tidak Dikenali Bayar Badal Umrah Buat Arwah Andre

“Ibu mana yang sanggup melihat anaknya ‘pergi’ dulu? Sebagai seorang ibu, saya tak pernah terfikir pun akan melalui fasa paling menyakitkan ini.

“Sakitnya hanya mereka yang hadap saja faham. Menangis, meraung itu semua saya lalui,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata dia tidak pernah terlintas anak-anaknya yang sentiasa dalam keadaan sihat disahkan menghidap kanser.

“Orang lihat saya selalu positif, hakikatnya saya perlu paksa diri untuk nampak begitu. Sebelum ini anak-anak saya nampak sihat dan tak terlintas sedikit pun mereka akan ada penyakit. Rasa sakit ini saya akan bawa sampai mati, selagi hayat dikandung badan,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza berkata dengan menangis dia dapat melepaskan rindu dan sedih, namun akan bangkit semula. Malah, dia akan menziarahi pusara anaknya untuk menenangkan jiwa dan rasa tenang. 

“Saya usaha untuk tidak melayan sangat perasaan tetapi bila sudah tak tahan, menangis sahaja caranya. Menangis saja yang boleh buat saya rasa lega sebentar, kemudian bangkit semula.

“Bagi saya rasa sedih itu tak salah pun, menangislah sepuas-puasnya selagi tidak merosakkan diri sendiri,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top