Rasuah: Pegawai DBKL, 2 disambung reman hingga esok

Rasuah: Pegawai DBKL, 2 disambung reman hingga esok


harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pegawai gred Jusa B Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua lagi suspek disambung reman bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah perolehan projek teknologi maklumat (IT).

Menurut sumber, tempoh reman ketiga-tiga suspek terbabit tamat semalam dan dilanjutkan sehingga esok bagi membantu melengkapkan siasatan.

“Setakat ini seramai 10 individu dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah terbabit.

“Reman ketiga-tiga individu selama empat hari yang tamat semalam dilanjutkan sehingga esok bagi SPRM menjalankan lanjut,” katanya hari ini.

Terdahulu, seorang pegawai kanan yang berkhidmat di agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) dilapor antara tiga individu ditahan SPRM kerana disyaki terbabit rasuah sejak 2014.

Pegawai kanan gred Jusa B itu ditahan bersama seorang pemilik syarikat dan orang awam.

Menurut sumber, pegawai yang berkhidmat di ibu negara berusia lingkungan 50-an itu ditahan sekitar 4 petang di pejabatnya, manakala pemilik syarikat iaitu lelaki lingkungan 40-an dan wanita, 40-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top