September 8, 2024

Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan reman dua lagi pengarah syarikat

Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan reman dua lagi pengarah syarikat


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi individu yang melibatkan dua pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 50-an ditahan antara 5 petang hingga 7 semalam  ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek telah di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama lima hari sehingga 7 Julai 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Kedua-dua suspek merupakan pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top