Pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana menjadi perhatian apabila memuat naik gambar pada 1 Syawal tanpa pasangan masing-masing di sisi.
Menerusi hantaran di media sosial, Zizi memuat naik gambar sendirian tanpa Yusuf, manakala aktor berkenaan berkongsi foto bersama ahli keluarganya.

BACA: “Doa yang Baik-Baik – Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Dengan Zizi Kirana Bergolak
Turut menjadi perhatian, Yusuf menulis kapsyen ringkas ‘Raya dalam suasana tenang’ sekaligus mengundang tanda tanya di kalangan netizen.

Meskipun peminat membuat pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka, pasangan itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara berkenaan.






