Anak kepada pelakon dan usahwan, Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya mencuri tumpuan ramai apabila menyatakan dia mahu mempunyai bapa baharu.
Menerusi sebuah video tular di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 42, bertanya kepada anaknya sama ada dia mahu bapa baru.
“Fatima nak Daddy baru ke?,” soalnya.
Reaksi spontan puteri sulung yang pantas mengangguk itu mencuit hati ramai.
Dalam masa sama, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu berkata dia perlu mendapatkan keizinan dan kelulusan daripada Fatima.
“Fatima kata dia nak pilih sendiri, Fatima kena ‘approve’ dahulu,” katanya.
Sementara itu, Fazura yang juga seorang penyanyi ini turut tidak terlepas daripada kritikan netizen yang mempertikaikan kenyataannya tentang soal jodoh.
Namun, pelantun lagu Luar Biasa memilih untuk bersikap tenang dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya serta Fatima.
“Kenapa haters nak marah bila saya cakap tentang jodoh? Jodoh saya adalah jodoh saya, itu urusan Allah. Doakan yang terbaik untuk saya dan Fatima. Bersihkan hati kita dan jaga hati sebaiknya,” katanya.
@affendyjailani #podcastbukakmulut #bukakmulut #fyp #Fazura #foryoupage Doakan yang baik baik.
Artikel Berkaitan: Nur Fazura Berserah Soal Jodoh Pada Takdir – “Yang Sayang Saya & Fatima, Faham Agama.. Itu Saya Doakan”






