Real Madrid perlukan Alexander-Arnold hadapi Piala Dunia Kelab

Real Madrid perlukan Alexander-Arnold hadapi Piala Dunia Kelab


London: Real Madrid mahu Trent Alexander-Arnold menyertai mereka untuk menghadapi Piala Dunia Kelab pada musim panas ini, menurut sumber ESPN dan kini berunding dengan Liverpool untuk pelepasan awal kontraknya.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semalam mengesahkan Alexander-Arnold memaklumkan kepada Liverpool FC tentang hasrat untuk meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat pada 30 Jun 2025.

ESPN melaporkan Madrid sangat optimis untuk mendapatkan pemain antarabangsa England itu secara perpindahan percuma.

Rundingan dengan Alexander-Arnold telah berlangsung selama beberapa bulan dan hanya butiran akhir kontrak yang belum dimuktamadkan.

Madrid mencapai persetujuan secara lisan dengan Alexander-Arnold dan pemain itu terbuka untuk menyertai lebih awal sebaik sahaja musim EPL tamat, sekiranya perjanjian dapat dicapai dengan Liverpool.

Madrid sebelum ini berminat untuk membawa masuk pertahanan kanan itu pada Januari selepas tonggak mereka Dani Carvajal mengalami kecederaan lutut jangka panjang pada Oktober.

Namun, Liverpool enggan mempertimbangkan sebarang perpindahan ketika itu. Sumber ESPN memberitahu gergasi LaLiga kini mahu merundingkan perjanjian dengan Liverpool dengan bayaran munasabah untuk membolehkan Alexander-Arnold menyertai mereka sebelum kontraknya di Anfield tamat.

Ini akan membolehkan pertahanan itu menyertai Madrid ke Amerika Syarikat untuk mengharungi Piala Dunia Kelab.

Perlawanan kumpulan membabitkanMadrid akan menyaksikan mereka menentang Al Hilal di Miami, Florida pada 18 Jun, Pachuca di Charlotte, North Carolina pada 22 Jun dan Salzburg di Philadelphia, Pennsylvania 26 Jun.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top