Real tolak perlawanan LaLiga di Miami,

Real tolak perlawanan LaLiga di Miami,


Madrid: Real Madrid menentang keras rancangan menganjurkan perlawanan LaLiga antara Barcelona dan Villarreal di Miami pada 20 Disember ini, dengan memberi amaran ia boleh menjejaskan keseimbangan saingan liga serta berjanji akan membawa isu itu kepada badan induk bola sepak dunia.

Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) semalam meluluskan cadangan mengadakan aksi di Stadium Hard Rock, Miami, yang bakal menjadi perlawanan LaLiga pertama diadakan di luar Sepanyol dan aksi liga Eropah pertama berlangsung di Amerika Syarikat (AS).

“Real Madrid ingin menyatakan kepada ahli, penyokong dan peminat bola sepak secara umum mengenai penolakan tegas terhadap cadangan ini,” kata kelab itu dalam kenyataan, sambil mendedahkan mereka sudah menggesa campur tangan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan Majlis Sukan Tinggi Sepanyol (CSD).

Kelab gergasi itu menuduh RFEF membuat keputusan ‘tanpa memaklumkan atau berunding dengan kelab yang terbabit’ serta berpendapat penganjuran aksi di Miami ‘melanggar prinsip asas timbal balik wilayah’ dalam format liga timbal balik.

Real turut menegaskan langkah itu akan ‘mengganggu keseimbangan persaingan’ dan memberikan ‘kelebihan tidak adil’ kepada pasukan terbabit.

Cadangan itu masih memerlukan kelulusan UEFA, US Soccer, CONCACAF dan akhirnya FIFA sebelum Presiden LaLiga, Javier Tebas, dapat merealisasikan impiannya membawa saingan bola sepak Sepanyol ke AS.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top