Rehat panjang cabar konsistensi beregu lelaki negara

Rehat panjang cabar konsistensi beregu lelaki negara


Herry menegaskan anak buahnya tetap menjalani latihan penuh selepas Terbuka Indonesia pada 8 Jun lalu.

TEMPOH rehat daripada kejohanan hampir lima minggu bukan satu kelebihan sebaliknya berpotensi mengganggu rentak konsisten pemain-pemain negara.

Biarpun begitu, pengendali beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menegaskan anak buahnya tetap menjalani latihan penuh selepas Terbuka Indonesia, 8 Jun lalu, sehingga aksi Terbuka Jepun pada 15 Julai.

Herry

Herry

“Minggu tanpa kejohanan ini kami gunakan untuk memperkasakan semula fizikal mereka. Selepas dari Terbuka Indonesia, memang kami berikan pemain rehat tiga hingga empat hari.

“Minggu pertama ini kami gunakan untuk mengembalikan kondisi mereka, seperti menaikkan otot dan fizikal mereka,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Menyifatkan tempoh rehat panjang juga berupaya menyebabkan penurunan prestasi, namun Herry menegaskan usaha mengekalkan kecergasan fizikal dan kekuatan mental tetap menjadi keutamaan.

Jelasnya lagi, cabaran mengekalkan prestasi pada separuh kedua musim lebih sukar kerana corak permainan beregu negara kini sudah mula dibaca pihak lawan.

“Ya, sememang terdapat sedikit penurunan prestasi selepas rehat, tetapi saya percaya tidak terlalu ketara. Barisan jurulatih akan perkuat semula kondisi mereka.

“Kita harus bersiap sedia dan lebih baik daripada sebelumnya, kerana sekarang semua negara memerhatikan pemain kita, mengintip semua dari video,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top