July 27, 2024

Rekod 15 tahun Bolt mampu dileburkan – Coleman

Rekod 15 tahun Bolt mampu dileburkan – Coleman


Shanghai: Pelari pecut Amerika, Christian Coleman percaya rekod 100 meter (m) milik Usain Bolt iaitu 9.58 saat yang bertahan selama 15 tahun boleh dileburkan dan terdapat beberapa atlet cukup pantas untuk memecahkannya.

“9.58s sememangnya catatan yang luar biasa tetapi sejujurnya saya rasa ramai pelari yang beraksi ketika ini tidak begitu jauh,” kata Coleman kepada wartawan menjelang aksi Liga Berlian Shanghai.

“Tetapi ia mestilah dalam keadaan yang sempurna, pada hari yang betul, pertandingan yang betul dan venue yang betul.

“Jika anda memberi tumpuan untuk berlari dengan betul, saya rasa detik ajaib itu akan berlaku.

“Saya juga rasa mampu lakukannya, tetapi saya tidak terlalu memberi tekanan atau memikirkannya. Saya hanya fokus pada setiap latihan dan cuma perbaiki dan menjadi lebih baik,” katanya.

Bolt dari Jamaica mencatatkan rekod 100m di Berlin pada 2009.

Pelari pecut Amerika, Tyson Gay mencatat masa kedua terpantas selepas Bolt dengan catatan 9.69 di Shanghai pada tahun yang sama.

Christian Miller, 17 tahun dari Amerika, melakukan catatan 9.93s yang juga masa terpantas di dunia tahun ini, ketika saingan antara sekolah tinggi di Florida hujung minggu lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top