Remaja jual buah pinggang demi iPhone hidup menderita, kini berstatus OKU

Remaja jual buah pinggang demi iPhone hidup menderita, kini  berstatus OKU


Beijing: Kisah seorang lelaki China, Wang Shangkun yang menjual buah pinggangnya demi sebuah iPhone 4 and iPad 2 kini tular semula, menyorot nasib malangnya yang kini hilang upaya kekal pada usia 31 tahun.

Memetik laporan The Thaiger, semuanya bermula pada 2010, ketika Wang berusia 17 tahun. Dia yang berasal dari keluarga miskin di wilayah Anhui terdesak untuk memiliki iPhone 4 yang menjadi simbol status, namun keluarga tidak mampu membelinya.

Terpengaruh dengan mesej di media sosial, dia menghubungi satu sindiket pemerdagangan manusia secara rahsia untuk menjual salah satu buah pinggangnya.

Pada 2011, dia menjalani pembedahan haram dan menerima bayaran 20,000 yuan (kira-kira RM12,000) atau kira-kira RM9,400.

Wang menggunakan duit itu untuk membeli sebuah iPhone 4 dan iPad 2, namun kegembiraannya tidak bertahan lama.

Ibunya yang curiga dengan gajet baharu itu memaksa Wang mengaku. Satu detik yang disifatkan oleh ibunya “seperti langit runtuh” sebaik mendengar pengakuan anaknya.

Tidak lama selepas itu, kesihatannya merosot teruk akibat jangkitan kuman menyebabkan baki buah pinggangnya gagal berfungsi.

Walaupun sindiket itu ditumpaskan dan pampasan lebih 1.48 juta yuan (kira-kira RM878,000) atau kira-kira RM696,000 pada masa itu diberikan, ia tidak mampu mengembalikan kesihatan Wang.

Kini, selepas 14 tahun, dia disahkan hilang upaya kekal tahap tiga, tidak boleh bekerja dan terpaksa bergantung pada rawatan dialisis seumur hidup.

Fungsi buah pinggangnya kini hanya tinggal 25 peratus dan dia sering mengalami komplikasi kesihatan lain.

Wang menyifatkan tindakannya itu sebagai “penyesalan terbesar” dalam hidupnya yang berpunca daripada keinginan untuk tidak dipandang rendah.

Kisah tragisnya menjadi pengajaran pahit tentang bahaya terlalu mengikut desakan material sehingga sanggup menggadaikan masa depan sendiri.

Kemunculan semula kisah penjualan buah pinggang Wang berlaku pada ketika iPhone kekal menjadi simbol status di seluruh Asia termasuk Thailand, di mana peranti itu sering dilihat sebagai penanda aras kekayaan dan prestij.

Model iPhone 17 Pro sudah mencecah hampir 40,000 baht (kira-kira RM5,200) dengan varian premium berharga lebih mahal.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top