Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium



am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Seorang remaja perempuan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Inanam, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang berusia belasan tahun dikatakan mengalami masalah kemurungan berikutan kematian bapa kandungnya tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima makluman kejadian pada jam 6.30 pagi.

Katanya, mengikut laporan, seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di perumahan berkenaan terdengar bunyi dentuman kuat.

“Bunyi berkenaan dipercayai jatuhan sesuatu dari tempat tinggi yang terkena sebuah kereta di kawasan parkir perumahan berkenaan.

“Sebaik melakukan pemeriksaan, pengawal keselamatan terbabit menemui mangsa dan terus membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kasim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Dr Fatin Nadzirah Awang Damit daripada Hospital Queen Elizaberth ll (HQE II) yang hadir membantu di lokasi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa tinggal bersama keluarga angkat sejak bapanya meninggal dunia pada Mei tahun lalu.

Katanya, penjaga turut menyatakan kebelakangan ini mangsa menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

“Mayat kemudian dihantar ke HQE untuk tindakan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top