Reman lelaki 'penghantar' dadah disambung 6 hari lagi

Reman lelaki 'penghantar' dadah disambung 6 hari lagi


Kangar: Reman terhadap seorang penganggur yang ditahan bersama ganja seberat 16.6 kilogram (kg) bernilai RM51,646 di Padang Besar, 22 Januari lalu disambung enam hari bermula esok bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Sarih Salleh berkata, Majistret Mahkamah Kangar Nurshahida Abdul Rahim membenarkan tahanan reman terhadap lelaki berusia 21 tahun itu disambung selepas perintah remannya yang bermula 24 Januari berakhir hari ini.

“Reman terhadap lelaki ini disambung enam hari bermula esok hingga 5 Februari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selasa lalu, Bernama melaporkan lelaki itu ditahan bersama rampasan ganja itu ketika dia dipercayai sedang menghantar bekalan dadah berkenaan menerusi empat kotak ke sebuah syarikat kurier di Padang Besar.

Timbalan Ketua Polis Perlis Senior Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kotak itu menjumpai ketulan mampat serta cecair disyaki dadah jenis ganja dan lelaki itu dipercayai bertindak sebagai penghantar.

Lelaki itu dipercayai dibayar RM800 sebagai upah bagi sekali penghantaran dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top