Remy Ishak Amalkan Mandi Air Garam Buang Aura Negatif – “Benda Ni Kita Cakap Dari Pengalaman”

Remy Ishak Amalkan Mandi Air Garam Buang Aura Negatif – “Benda Ni Kita Cakap Dari Pengalaman”


Pelakon terkenal, Datuk Remy Ishak mendedahkan dia mengamalkan mandi air garam sebagai salah satu cara membuang aura negatif yang terkumpul dalam badan, terutama apabila terdedah kepada pandangan dan komen negatif masyarakat.

Menurut Remy, amalan itu bukanlah sesuatu yang asing baginya, malah ia dilakukan berdasarkan pengalaman peribadi.

Jelasnya, garam membantu menyeimbangkan tenaga dalam badan.

“Benda ni kita cakap dari pengalaman. Kita pun pernah melalui. Penyakit ain ni you appear on public ni, terlibat dengan dunia luar ni… perkara itu biasa.

“Secara saintifikya, kalau kita ada banyak aura negatif dalam badan garam memang dapat membantu. Sama ada awak minum ataupun mandi. Jadi mineral garam itu perlu,” katanya.

Remy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Sumpah Ibuku yang diadakan di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.

Mengulas lanjut, Remy mengakui sebagai seorang selebriti dan aktif di media sosial, adalah tidak mustahil dirinya terkesan dengan komen-komen negatif  yang diberikan.

“Kita tak nafikan macam sosial media sekarang ni, kita boleh terkena dengan benda-benda negatif.

“Jadi tak kisahlah kalau kita keluar orang melihat gambar, bercakap pasal kita yang tak baik dan itulah yang akan mendatangkan ion negatif untuk kita.

“Kadang benda ni mengganggu sampaikan kita rasa nak marah. Maksudnya, something stuck dalam diri.

“Jadi pada saya, mandi air garam adalah inisiatif dan amalan saya.

“Pada saya, saya akan amalkan seminggu tiga kali tapi it depends on situation. Kalau tiga hari memang direct.

“Saya tak tahu orang lain amcam mana. Mungkin lain orang, lain caranya. Ada sesetengah orang dia okay dengan cara itu tapi ada setengahnya lebih selesa telan panadol.

“Tapi untuk saya memang terbukti, berbalik pada basic,” jelasnya.

Meskipun, enggan menghuraikan terlalu panjang kerana bimbang kenyataannya disalah tafsir, Remy menggambarkan aura negatif sebagai sesuatu yang wujud dalam bentuk tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi memberi kesan kepada emosi dan tubuh.

“Aura negatif ni dia kalau nak explain panjang tau.. Takut apa yangs aya cakaop ni disalah ertikan.

“Saya rasa bila cakap pasal aura negatif, benda ni datang daripada bentuk atau energi yang kita tak nampak tapi kita tahu,” ujarnya.

Terdahulu, Remy menerusi hantaran di Threads sempat memberikan cadangan kepada pelakon, Zara Zya tentang bagaimana caranya untuk membuang aura negatif.

Sekadar info, Sumpah Ibuku bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 19 November 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hanya di slot Akasia TV3.

Penonton juga boleh menonton episod baharu di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store

Bergenre drama kekeluargaan, Sumpah Ibuku menampilkan barisan pelakon ternama tanah air termasuk Izara Aishah, Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib dan Syazwan Zulkifly.

ARTIKEL BERKAITAN:Remy Ishak Saran Zara Zya ‘Mandi Air Garam’ Buang Aura Negatif

ARTIKEL BERKAITAN:Remy Ishak Berhati-Hati, Amalkan Cara Elak Gangguan Mistik Selepas Lakon Filem Seram

ARTIKEL BERKAITAN:Remy Ishak Teruja Perkembangan Positif Industri Filem Tempatan – “Ia Menyuntik Semangat Saya!”

ARTIKEL BERKAITAN:Kenyataan Remy Ishak Gelar Sophia Albarakbah Manja & ‘Lelaki Kurang Iman Pasti Tergugat’… Ini Respons Empunya Badan



Source link

OR

Scroll to Top