Rentak juara dunia belum terhenti!

Rentak juara dunia belum terhenti!


Tang Jie (kanan) –Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Denmark Super 750. Foto Bernama

BEREGU campuran utama negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei terus mengukuhkan reputasi sebagai antara gandingan terbaik dunia selepas mara ke separuh akhir Terbuka Denmark Super 750, sekali gus mengekalkan misi memburu kejuaraan.

Pasangan pilihan keempat itu menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat–Lai Shevon Jemie, 21–17, 21–11 dalam masa 38 minit di Jyske Arena, Odense, pada Jumaat.

Kemenangan itu bukan sahaja menambah rekod pertemuan mereka kepada 5–3 ke atas Soon Huat–Shevon, malah meneruskan rentetan prestasi cemerlang selepas menjuarai Kejuaraan Dunia di Paris sebelum ini.

Gandingan Tang Jie–Ee Wei yang kini menghuni ranking keempat dunia jelas mempamerkan keserasian dan keyakinan tinggi, dengan penguasaan jaring serta ketepatan serangan menjadi senjata utama.

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan pemenang perlawanan antara pilihan pertama kejohanan dari China, Wei Ya Xin, Jiang Zhen Bang menentang wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Ringkasan AI

  • BEREGU campuran utama negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Denmark Super 750
  • Pasangan pilihan keempat itu menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat–Lai Shevon Jemie
  • Kemenangan itu menambah rekod pertemuan mereka kepada 5–3 ke atas Soon Huat–Shevon
  • Gandingan Tang Jie–Ee Wei menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjuarai Kejuaraan Dunia di Paris
  • Akan berdepan pemenang perlawanan antara Wei Ya Xin, Jiang Zhen Bang dan Mathias Christiansen-Alexandra Boje



Source link

OR

Scroll to Top