Rentak Pearly-Thinaah terhenti di Denmark

Rentak Pearly-Thinaah terhenti di Denmark

Rentak Pearly-Thinaah terhenti di Denmark


Cabaran Pearly–Thinaah dalam Terbuka Denmark Super 750 terhenti pusingan kedua di Jyske Arena, Odense pada Khamis.

HASRAT beregu badminton wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah untuk meneruskan momentum kejuaraan tidak kesampaian apabila tersingkir di pusingan kedua Terbuka Denmark Super 750 di Jyske Arena, Odense pada Khamis.

Gandingan pilihan Malaysia itu tewas kepada pasangan Jepun, Arisa Igarashi–Chiharu Shida, dengan keputusan 18-21, 9-21 dalam tempoh 35 minit.

Biarpun beraksi cemerlang pada set pertama dengan corak permainan agresif dan terancang, Pearly–Thinaah gagal mengekalkan momentum apabila pasangan Jepun berkenaan mula menguasai pertukaran pukulan serta menutup ruang serangan pada set kedua.

Kekalahan itu sekali gus menamatkan impian mereka untuk mengulangi prestasi gemilang selepas menjuarai Terbuka Artik Super 500 di Energia Arena, Vantaa, Finland, pada Ahad.

Ringkasan AI

  • HASRAT beregu badminton wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah untuk meneruskan momentum kejuaraan tidak kesampaian apabila tersingkir di pusingan kedua Terbuka Denmark Super 750
  • Gandingan pilihan Malaysia itu tewas kepada pasangan Jepun, Arisa Igarashi–Chiharu Shida, dengan keputusan 18-21, 9-21 dalam tempoh 35 minit
  • Biarpun beraksi cemerlang pada set pertama dengan corak permainan agresif dan terancang, Pearly–Thinaah gagal mengekalkan momentum pada set kedua
  • Pasangan Jepun berkenaan mula menguasai pertukaran pukulan serta menutup ruang serangan pada set kedua
  • Kekalahan itu sekali gus menamatkan impian mereka untuk mengulangi prestasi gemilang selepas menjuarai Terbuka Artik Super 500 di Energia Arena, Vantaa, Finland



Source link

OR

Scroll to Top