Rezeki jual tanjak moden, belajar di YouTube

Rezeki jual tanjak moden, belajar di YouTube



am@hmetro.com.my

Jertih: Sikap suka mencuba mendorong suri rumah di Kampung Anak Musang, Bukit Jeruk di Besut belajar menjahit tanjak melalui media sosial hingga mampu menjadikannya sebagai sumber pendapatan.

Siti Zabidah Mohd Nawi, 34, berkata, dia tidak pernah mengikuti kelas jahitan secara formal sebaliknya hanya belajar melalui YouTube dan mengubahsuai kaedah penghasilan agar lebih mudah dan cepat.

“Saya mula menghasilkan tanjak moden merdeka sejak Jun tahun lalu selepas melihat ramai yang menjahit dan saya cuba buat.

“Alhamdulillah sudah 777 tanjak terjual setakat ini dan untuk tahun ini, saya bermula awal iaitu pada Mei dan permintaan tanjak sudah cecah 1,000 helai.

“Niat saya membuat tanjak ini untuk cari rezeki, bagi meringankan beban suami dan bersyukur kerana mampu menjana pendapatan keluarga, walaupun permintaan tanjak hanya bermusim (terutama ketika Hari Kemerdekaan),” katanya ketika ditemui.

Ibu empat anak itu mengakui tidak dibantu sesiapa dan mampu menjahit 30 ke 40 helai tanjak sehari dan ia dihasilkan ‘free size’ namun ukur lilit kepala boleh laras untuk pemakai berumur tiga ke 12 tahun

“Biasanya suami dan dan anak-anak bantu dalam pembungkusan dan tanjak ini dijual pada harga RM22 sehelai dan RM17 untuk pembelian secara borong (minimum 20 helai),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top