Rezeki Semakin Mencurah Selepas Bercerai, Madam Mariyah Dapat Tawaran Bintangi Filem! Sedia Berlakon Jika Kena Dengan Watak & Masa

Rezeki Semakin Mencurah Selepas Bercerai, Madam Mariyah Dapat Tawaran Bintangi Filem! Sedia Berlakon Jika Kena Dengan Watak & Masa

Rezeki Semakin Mencurah Selepas Bercerai, Madam Mariyah Dapat Tawaran Bintangi Filem! Sedia Berlakon Jika Kena Dengan Watak & Masa


Semakin sukses dalam bisnes, rezeki usahawan dan pempengaruh, Madam Mariyah semakin mencurah selepas bergelar ibu tunggal apabila dia menerima tawaran untuk bergelar pelakon filem.

Tidak menolak peluang untuk melibatkan diri dalam dunia lakonan, Mariyah menegaskan dia mempunyai beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum menerima sebarang tawaran.

Menurutnya, minat terhadap bidang lakonan itu ada, tetapi komitmen terhadap perniagaan membuatkan dia perlu meneliti setiap tawaran dengan teliti.

“Baru-baru ini, ada produser menyatakan minat untuk memanggil saya berlakon dalam filem terbitannya. Saya memang suka berlakon, cuma sekarang agak sibuk dengan urusan bisnes. Bila ditawarkan watak, saya rasa serba salah juga. Kalau boleh, saya nak bawa watak seperti datin atau wanita korporat.

“Tapi kalau ditawarkan watak yang tidak sesuai dengan imej dan usia saya, seperti watak yang terlalu berani atau tidak manis dipandang, saya terpaksa tolak. Saya pun bukan pelakon sepenuh masa,” katanya.

Tambah Mariyah, jadual kerja turut menjadi pertimbangan utama kerana dia kini dalam proses penjenamaan semula produk Kopi Che’ Lim miliknya.

“Kalau masa dan watak sesuai, saya tiada masalah untuk terima. Bagi saya, peluang itu rezeki, asalkan tidak ganggu tanggungjawab utama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mariyah turut memaklumkan bahawa tiada perkembangan baharu berhubung kes hadanah dan harta sepencarian antara dirinya dan bekas suami, yang dikenali sebagai Mr. S.

“Buat masa ini saya hanya menunggu tarikh sebutan seterusnya di mahkamah. Apa juga keputusan nanti, saya akan terima dengan terbuka,” katanya.

Terdahulu, nama Mariyah menjadi perhatian selepas mendakwa rumah tangganya bergolak disebabkan kehadiran orang ketiga, sebelum akhirnya disahkan bercerai menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok.



Source link

OR

Scroll to Top