Ribuan senyuman bermula dengan satu kebaikan

Ribuan senyuman bermula dengan satu kebaikan


‘BERAT sama dipikul, ringan sama dijinjing’ menjadi antara kalimat yang sering ditekankan dalam kehidupan bermasyarakat.

Justeru, sebagai usaha memastikan setiap insan berpeluang merasai kebahagiaan, Tropicana Twister tampil dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Gandakan Kebaikan’ bersama Tropicana Twister.

Menerusi kempen ini, jenama jus kegemaran Malaysia itu berhasrat mengangkat mesej bahawa setiap kebaikan walau sekecil mana, mampu memberi impak besar kepada komuniti.

Setiap kebaikan, besar nilainya

Kempen yang berlangsung pada Mac hingga akhir April lalu menampilkan pendekatan digital yang menggalakkan orang ramai merekodkan momen kebaikan daripada tindakan kecil seperti berkongsi makanan bersama jiran sehinggalah membantu mereka yang memerlukan.

Ia kemudiannya diterjemahkan melalui sumbangan sebenar daripada Tropicana Twister bernilai RM200,000 yang berjaya dimanfaatkan 5,000 keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.

Inisiatif ini turut membabitkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan seperti The Lost Food Project dan Kechara Soup Kitchen bagi memastikan bantuan sampai ke tangan mereka yang memerlukan.

Pengarah Kanan Francais PepsiCo, Aditya Sheoran berkata, tidak semua orang mempunyai masa atau kemampuan untuk melakukan kerja amal sendiri, dan di sinilah Tropicana Twister memainkan peranan. 

“Setiap catatan kebaikan menjadi inspirasi untuk kami bertindak mewakili orang ramai dalam menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan dan kami percaya apabila kebaikan dikongsi, ia akan berganda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran PepsiCo Malaysia, Jennifer Lee pula menyifatkan sambutan yang diterima sebagai luar biasa.

“Ia bukti bahawa semangat perpaduan dan belas kasihan masih utuh dalam masyarakat,” ujarnya.

Pengiktirafan, inspirasi bersama

Sepanjang kempen, Tropicana Twister memanfaatkan platform media sosial bagi menyebarkan video pendek yang memaparkan kisah benar mengenai tindakan prihatin masyarakat.

Justeru, dengan lebih 13,000 jurnal kebaikan berjaya dikumpulkan, ia sekali gus melayakkan Tropicana Twister menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori “Jurnal Digital Terbanyak Dikumpul Dalam Satu Kempen Dalam Talian”.

Menurut Jennifer, pengiktirafan ini bukan sahaja satu penghargaan, malah menjadi bukti kesungguhan Tropicana Twister dalam menyebarkan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.

Dengan pendekatan yang menggabungkan kemajuan media sosial, cerita komuniti dan nilai murni, Tropicana Twister bukan sekadar menjadi minuman kegemaran pilihan, tetapi simbol kebersamaan dan kepedulian yang menghubungkan rakyat Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top