Richard Chin dipanggil, Wan Kuzain dalam senarai bersedia Harimau Malaya

Richard Chin dipanggil, Wan Kuzain dalam senarai bersedia Harimau Malaya


Richard Chin. Foto Instagram

PEMAIN kelahiran England, Richard Chin menjadi antara muka baharu yang mendapat kepercayaan ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski apabila disenaraikan dalam skuad 29 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 1 September ini.

Pemain berusia 22 tahun yang kini beraksi bersama kelab Raith Rovers FC di Liga Scotland itu menyertai tiga lagi muka baharu iaitu Sergio Aguero (Kanchanaburi Power), Mohd Suhaimi Husin (Terengganu) dan Azam Azmi Murad (Terengganu) dalam senarai rasmi kali ini.

Secara keseluruhan, Cklamovski mengekalkan 25 pemain daripada skuad yang menewaskan Vietnam pada aksi Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 sebelum ini.

Wan Kuzain

Wan Kuzain

Sementara itu, seorang lagi pemain warisan, Wan Kuzain Wan Kamal yang beraksi di Amerika Syarikat bersama St Louis City, diletakkan dalam senarai bersedia bersama 14 pemain lain sekiranya berlaku perubahan saat akhir terhadap senarai utama.

Harimau Malaya akan menjalani latihan berpusat di Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 September 2025 sebagai persiapan menghadapi dua perlawanan antarabangsa Tier 1.

Malaysia akan menentang pasukan Singapura yang kini berada di ranking dunia ke-159 pada 4 September di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Seterusnya, skuad negara akan menyambung latihan berpusat di Johor Bahru bermula 5 September sebelum bertemu pasukan ranking ke-98 dunia, Palestin yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 8 September 2025.



Source link

OR

Scroll to Top