Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa terkilan apabila pusara arwah isterinya, Akiko menjadi mangsa khianat individu tidak bertanggungjawab.
Menerusi hantaran di Instagram, Ridzuan memuat naik hantaran menerima pesanan ringkas serta gambar diterima daripada penjaga kubur.
BACA: “Andai Kahwin Lain Bermakna Saya Curang” – Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Isteri
Dalam perbualan mesej itu, penjaga berkenaan mendawa ada individu telah menabur garam kasar di atas rumput pusara isterinya tercinta.
Ridzuwan mendakwa tindakan berkenaan seolah mahu mematikan kesuburan rumput tersebut serta mempersoalkan apa salah rumput yang subur itu.
“Ada tangan-tangan yang tidak berperikemanusiaan menabur garam kasar di situ, seolah-olah mahu mematikan kesuburan yang Allah kurniakan.
“Saya terdiam lama. Saya tidak tahu apa salahnya kubur itu, apa dosanya rumput-rumput yang tumbuh hijau dan subur. Jika kuburnya indah, itu bukan kerana manusia—tetapi kerana rahmat Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Rizduan berkata hatinya kecewa dengan perbuatan khianat tersebut serta menyerahkan segalanya kepada Allah.






