Pelakon popular, Riena Diana menyorot perhatian warganet apabila secara terbuka mengaku berasa kurang selamat atau ‘insecure’ apabila memiliki kulit putih dan cerah meskipun sering dipuji dengan keadaan fizikalnya itu.
Kata Riena, warna kulitnya kadang-kala menjadi cabaran untuknya terutama ketika mengenakan solekan.
Malah, dia berpendapat, kulit terlalu cerah menyebabkan dia tidak boleh mengenakan solekan yang terlalu tebal dek kerana trtakut kelihatan seperti pond*n.
“Saya selalu dilabel perempuan berkulit putih but honestly, i have my own insecurities.
“Bila putih sangat, make up selalu tak boleh nak beria sebab nanti nampak macam pond*n. Bila tak pakai make up nampak pucat kadang-kadang,” katanya.
Justeru, pelakon drama rantaian popular, Toksik Cinta ini mengaku dia lebih selesa memilih solekan jenis ‘natural’ berbanding gaya ‘bold’ meskipun membuatkan dia bosan dengan solekannya itu.
“I always kene go for natural kinda make up & honestly sometimes boring. Tapi bila tengok kulit tanned skin make up, wow campak make up apa pun lawa sangat-sangat.
“Not to mention bila dia orang tak pakai make up, tanned skin ni kulit sejenis nampak bersih dan berkilat. Faham tak? Lawa sangat.
“Ramai selebriti lain yang kulit tak berapa putih, bila saya jumpa depan-depan Ya Allah… lawanya,” jelasnya.
Bagaimanapun, Riena menegaskan, dia bersyukur dek kerana kecantikan adalah sesuatu yang luas dan tidak terhad kepada tona kulit sahaja.
“However, saya bersyukur je dan kecantikan ni sangat general. Kulit apa pun tetap lawa,”ujarnay menerusi perkongsian di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN:Babak Atas Ranj*ng Riena Diana & Keith Foo Dalam Toksik Cinta Dikritik
ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!
ARTIKEL BERKAITAN:Keith Foo Syukur Jumpa Calon Sesuai, Riena Diana Dapat Restu Anak
ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Tak Kisah Jadi ‘Nombor Dua’, Puji Keith Foo Utamakan Anak – “Saya Pun Dah Makin Rapat Dengan Skylar”
ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Hilang Sabar, Tempelak Netizen Mulut Celupar – “Saman Nanti Baru Nak Gelabah!”
ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana ‘Usik’ Keith Foo, Minta Anak Comel – “Cepatlah, Tak Nak Walid!”
ARTIKEL BERKAITAN:Calon Isteri ‘Perfect 10’, Netizen Minta Keith Foo Jangan Sia-Siakan Riena Diana – “Pandai Masak, Cantik… Hantaran RM30,000 Pun Berbaloi”





