Pelakon dan model, Rita Nadira menyorot perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama teman istimewanya sempena sambutan hari lahir jejaka itu.
Menerusi hantaran di Instagram, Rita atau nama lengkapnya, Rita Nadira Mohd Ritamurni, 28, kelihatan berkongsi foto memperlihatkan momen-momen manisnya bersama kekasih hati.
Meskipun tidak mendedahkan wajah jejaka misteri tersebut, Rita bagaimanapun sempat mengucapkan selamat ulang tahun yang disertakan dengan emoji hati.
“Happy birthday to my love,” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut aktres itu membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah sekali gus mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia sehingga jenjang pelamin.

Terdahulu, Rita pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy dan penyanyi Chubb-E.
Bagaimanapun, dia menjelaskan, hubungannya dengan Chubb-E sudah tidak serapat dahulu meskipun mereka saling menghormati antara satu sama lain.
ARTIKEL BERKAITAN:Hubungan Dengan Chubb-E Tidak Seakrab Dahulu, Rita Nadira Kini Berkawan Dengan Lelaki Berjambang
ARTIKEL BERKAITAN:Rita Nadira & Chubb-E Mesra Main Tolak Troli Pasaraya, Netizen Komen: “Tak Kesian Ke Dengan Orang Single?”
ARTIKEL BERKAITAN:“Maaf Aku Tak Boleh Padam Kenangan Itu” – Muat Naik Perkongsian Sedih, Rita Nadira Buat Peminat Pelik Gara-Gara…





