RM180,000 bantuan pendidikan komuniti India di Bagan Datuk

RM180,000 bantuan pendidikan komuniti India di Bagan Datuk

RM180,000 bantuan pendidikan komuniti India di Bagan Datuk


BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara konsisten memberikan bantuan kewangan bagi meningkatkan tahap pendidikan kaum India di daerah ini bermula di peringkat tadika sehingga universiti.

Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Ahmad Zahid, Arvend Applasamy berkata, peruntukan pada tahun ini berjumlah hampir RM180,000 memberi manfaat kepada hampir 1,000 komuniti India di Bagan Datuk.

“Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid telah mengarahkan saya untuk kita mulakan bantuan daripada pendidikan awal sendiri iaitu pelajar tadika Tamil.

“Di Bagan Datuk ada sembilan tadika Tamil, jadi untuk mengurangkan beban para ibu bapa di peringkat pendidikan sekolah awal dahulu.

“Seramai 200 pelajar pendidikan awal mendapat bantuan tunai sebanyak RM100 seorang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Komuniti India Parlimen Bagan Datuk 2026 oleh Ahmad Zahid yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad, Rumah Awam, Simpang Empat di sini hari ini.

Menurutnya, bantuan pendidikan itu turut merangkumi sekolah Tamil, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bantuan komputer riba kepada mahasiswa kaum India yang melanjutkan pengajian di universiti.

Katanya, PIBG sekolah merupakan tulang belakang kepada sekolah Tamil di kawasan Bagan Datuk dengan sumbangan sebanyak RM2,000 bagi setiap satu daripada 14 PIBG SJKT.

“Bukan sahaja terhenti di sana,  Ahmad Zahid mengarahkan saya membantu mahasiswa. Kita telah memberikan 10 komputer riba kepada mereka yang belajar di peringkat institut pengajian tinggi (IPTA) di Kelantan, Terengganu dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top