PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM6 juta bagi melaksanakan program kutipan alam sekitar di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dengan jumlah tersebut, setiap PBT akan menyediakan 100 tempat pengasingan sampah kitar semula menjadikan jumlah keseluruhan tapak sebanyak 1,200.
“Setiap tapak dibekal tong sampah dan sistem kutipan. Dana untuk program ini adalah hasil kutipan caj beg plastik berjumlah RM20 juta. Ini antara usaha yang dilakukan untuk mendidik orang ramai mengenai pengasingan sampah.
“Selangor akan bekerjasama dengan Nestle bagi melaksana program ini, merupakan antara pihak syarikat konsisten melakukan aktiviti kitar semula,” katanya.
Terdahulu Amirudin hadir dalam Majlis Perasmian Jualan Ehsan Rahmah dan Jualan Termurah Madani di Batu Caves yang diadakan serentak dengan beberapa lokasi lain di seluruh negara.
Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai program jualan bersubsidi terbesar.
Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata, kerajaan negeri menyasarkan 90 peratus masalah pemilikan strata dapat diselesaikan tahun ini.-UTUSAN