KAPTEN Colombia James Rodriguez kembali ke pentas La Liga Sepanyol untuk kali kedua selepas pengalamannya menjadi taruhan Rayo Vallecano bagi mengharungi saingan musim baharu.
Pemain berusia 33 tahun itu, yang membuat 125 penampilan untuk gergasi La Liga, Real Madrid antara 2014-2020, menyertai Vallecano selepas meninggalkan kelab Brazil, Sao Paulo.
Rodriguez, yang bermain sebanyak 106 kali untuk negaranya, mengharungi kempen Copa America dengan cemerlang apabila menjaringkan satu gol dan enam bantuan gol untuk membawa Colombia ke final.
Malah Rodriguez juga dinamakan sebagai Pemain Terbaik kejuaraan Amerika Selatan itu dalam perlawanan akhir yang menyaksikan Colombia tewas 0-1 kepada Argentina.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!