Rodrygo calon sesuai ganti Salah

Rodrygo calon sesuai ganti Salah


LIVERPOOL disaran untuk mendapatkan pemain Real Madrid, Rodrygo sekiranya Mohamed Salah gagal mencapai persetujuan kontrak baharu dengan The Reds.

Salah antara beberapa pemain penting Liverpool seperti Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold yang akan tamat kontraknya pada akhir musim ini.

Pemain Mesir itu berulang kali menyatakan hasratnya kekal di Liverpool, tetapi setakat ini masih tiada persetujuan dicapai antara kedua-dua belah pihak.

“Jika Liverpool mahukan seorang pemain menggantikan Salah, pilihan yang jelas bagi saya ialah Rodrygo dari Real Madrid.

“Saya tidak tahu situasi kontraknya di Real Madrid, tetapi saya memikirkannya kerana kita telah melihat dia bermain di peringkat tertinggi dan memenangi Liga Juara-Juara sejak beberapa tahun lalu.

“Statistiknya mungkin tidak seperti Salah tetapi dia bagus. Dia boleh menewaskan pemain lain, pantas dan dia beraksi dalam persekitaran di mana dia bermain di bawah tekanan besar setiap minggu dan berjaya menanganinya,” kata bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy.

Walaupun Real Madrid mempunyai pemain seperti Kylian Mbappe dan Vinicius Jr dalam senarai penyerangnya, Rodrygo masih berjaya untuk menembusi kesebelasan utama pasukan.

Pemain Brazil itu telah bermain 26 kali secara keseluruhan, menjaringkan 10 gol dan enam bantuan gol musim ini.



Source link

OR

Scroll to Top