Rodrygo dalam radar Arsenal, United

Rodrygo dalam radar Arsenal, United


REAL Madrid dilaporkan bersedia melepaskan pemain sayap mereka, Rodrygo pada jendela perpindahan musim panas ini dengan Manchester United dan Arsenal antara kelab yang menunjukkan minat terhadap pemain itu.

Menurut laporan media antarabangsa, gergasi La Liga itu bersedia melepaskan pemain antarabangsa Brazil itu sekiranya menerima tawaran minimum £85 juta (RM488 juta).

Sejak kehadiran Kylian Mbappe secara percuma pada musim panas lalu, kelibat Rodrygo dilihat semakin tenggelam.

Peranan yang semakin berkurang dalam jentera serangan turut menjejaskan prestasinya, menyebabkan pemain berusia 24 tahun itu kurang konsisten.

Malah, pemain sayap itu dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya di kelab, memandangkan tumpuan lebih diberikan kepada Mbappe, Vinicius Jr dan Jude Bellingham.

Satu-satunya perkara yang boleh mengubah pendiriannya ialah jika pengganti Carlo Ancelotti yang dijangka Xabi Alonso berusaha keras meyakinkannya mengenai perancangan masa depan kelab.



Source link

OR