Alto de Moncalvillo: Primoz Roglic merampas kembali kedudukan pendahulu Vuelta a Espana selepas memenangi peringkat ke-19 dengan kayuhan luar biasa pada pendakian terakhir.
Pelumba Red Bull-Bora-hansgrohe itu kehilangan jersi merah pada peringkat keenam apabila Ben O’Connor menjadikan kayuhan solo yang jauh sebagai kelebihan lebih lima minit.
Roglic mengurangkan kelebihan itu pada beberapa penamat gunung dan ketinggalan hanya lima saat (s) di belakang O’Connor yang bersemangat pada permulaan perjalanan 173.2 kilometer (km) melalui Rioja dari Logrono.
Pelumba memulakan pendakian terakhir sepanjang 8.6km ke Alto de Moncalvillo bersama-sama, tetapi dengan baki 6km, Roglic dan dua rakan sepasukannya meluru ke hadapan.
Dani Martinez memulakan tempo namun Aleksandr Vlasov mengambil alih sebentar sebelum ketua pasukan Slovenia meluncur jauh meninggalkan kedua-duanya.
Dia menyeberangi garisan penamat 46s di hadapan David Gaudu dari Perancis yang mewakili EF Education dan Mattias Skjelmose (Lidl).
© New Straits Times Press (M) Bhd