Ronaldo akur Al-Nassr gagal ke final Liga Juara-Juara Asia Elit

Ronaldo akur Al-Nassr gagal ke final Liga Juara-Juara Asia Elit


PENYERANG sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo meluahkan rasa kecewa selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila tewas 2-3 kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale.

Dalam aksi penuh mendebarkan itu, Tatsuya Ito membuka jaringan untuk Kawasaki pada minit ke-10 sebelum Sadio Mane menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Namun, dua jaringan oleh Yuto Ozeki dan Akihiro Ienaga memadamkan harapan Al-Nassr untuk mara lebih jauh dalam kejohanan tersebut, meskipun Aiman Yahya sempat merapatkan jurang menerusi gol pada minit ke-87.

Ronaldo hampir menyamakan kedudukan di penghujung perlawanan tetapi gagal menyempurnakan peluang apabila terlepas kawalan bola meskipun sudah melepasi penjaga gol lawan.

Selepas tamat perlawanan, Ronaldo tampil mengeluarkan kenyataan penuh emosi menerusi laman sosial X, menyatakan penghargaan kepada para penyokong dan menerima hakikat bahawa impian pasukannya perlu ditangguhkan buat sementara waktu.

“Kadangkala impian perlu menunggu. Saya bangga dengan pasukan ini dan segala yang telah kami berikan di atas padang.

“Terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa percaya dan berdiri bersama kami sepanjang perjalanan ini. Sokongan anda sangat bermakna,” katanya.

Kawasaki dijadualkan menentang satu lagi kelab dari Arab Saudi, Al-Ahli dalam perlawanan akhir Ahad ini, dengan kedua-dua pasukan memburu gelaran benua pertama dalam sejarah kelab masing-masing.



Source link

OR

Scroll to Top