Ronaldo bawa Portugal ke final UEFA, akhiri badi kekalahan kepada Jerman

Ronaldo bawa Portugal ke final UEFA, akhiri badi kekalahan kepada Jerman


Cristiano Ronaldo – Foto: AFP

CRISTIANO Ronaldo muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk mengakhiri badi kekalahan Portugal kepada Jerman dalam kemenangan 2-1 pada separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA awal pagi tadi, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Francisco Conceicao membuka ruang kebangkitan Portugal menerusi rembatan cantik pada minit ke-63, sebelum Ronaldo menyempurnakan peluang mudah lima minit kemudian.

Gol itu merupakan gol ke-137 Ronaldo bersama pasukan kebangsaan dalam 220 penampilan – kedua-duanya rekod dunia.

Kali terakhir Portugal menewaskan Jerman ialah pada Euro 2000, sebelum tewas lima kali berturut-turut.

Portugal, juara edisi sulung Liga Negara-Negara pada 2019, mara ke final pada Ahad di Munich untuk menentang sama ada juara 2021, Perancis, atau juara 2023, Sepanyol.

Sementara itu, Jerman akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga pada hari yang sama di Stuttgart, sekali gus menamatkan impian mereka untuk menjulang trofi utama sejak Piala Konfederasi 2017. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top