London: Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo disaman oleh seorang doktor kosmetik atas dakwaan mempunyai bil tertunggak sebanyak £40,000 (RM224,000).
Dr Roshan Ravindran atau lebih dikenali sebagai Dr Rosh mendakwa bekas bintang Manchester United berusia 39 tahun itu belum menyelesaikan kos rawatan semasa dia berada di Old Trafford pada tahun 2021 dan 2022.
Bekas pakar kardiologi itu berkemampuan dalam aspek rawatan botox dan filler, penjagaan kulit dan rawatan kening.
Dr Rosh menamakan Ronaldo dalam borang rasmi mahkamah namun tidak menyebut nama pasangan bintang itu, Georgina Rodríguez.
Dakwaan itu menyatakan Dr Rosh melakukan rawatan untuk Ronaldo “serta ahli keluarga dan rombongannya” di kliniknya di Cheshire.
Ketika diminta memberikan komen, Dr. Rosh, yang juga mengendalikan cawangan klinik di Manchester dan London, berkata: “Terdapat isu undang-undang yang sedang berjalan dan sebagai seorang profesional, saya tidak akan membincangkan soal pesakit saya.”
Sumber berkata ‘Dr Rosh ialah seorang doktor yang dihormati dan pakar di belakang figura penting termasuklah ahli politik terkemuka, kerabat diraja, bintang sukan dan ikon Hollywood.’
“Bagi prosedur seperti botox dan fillers, Dr Rosh tidak dinafikan adalah pilihan nombor satu,” kata Sumber.
© New Straits Times Press (M) Bhd