Ronaldo tadah tangan berdoa curi perhatian peminat bola sepak

Ronaldo tadah tangan berdoa curi perhatian peminat bola sepak


Ronaldo dilihat menadah tangan berdoa ketika penentuan sepakan penalti final Liga Negara-Negara.

TINDAKAN bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menadah tangan seperti berdoa ketika penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara menentang Sepanyol pada Isnin mencuri perhatian peminat bola sepak.

Momen itu dirakam ketika Ronaldo berdiri di tepi padang sambil menadah tangan dan kelihatan mulutnya membacakan sesuatu sebelum rakan sepasukan mengambil sepakan penalti.

Dalam perlawanan tersebut, gol ke-138 Ronaldo di peringkat antarabangsa pada separuh masa kedua membawa perlawanan menentang Sepanyol itu ke penentuan sepakan penalti selepas keputusan terikat 2-2.

Namun, penyerang berusia 40 tahun itu hanya mampu menyaksikan dari tepi padang ketika Portugal menyempurnakan kelima-lima sepakan penalti untuk merangkul kejuaraan selepas digantikan akibat kecederaan.

Selepas tamat penentuan penalti itu, Ronaldo turut dilihat sujud syukur ketika meraikan kemenangan bersejarah tersebut.

Ronaldo kini beraksi di Liga Arab Saudi bersama kelab Al-Nassr sejak 2023, dan sebelum ini dilaporkan menunjukkan minat untuk memeluk agama Islam.

Perkara itu pernah dikongsikan oleh bekas penjaga gol Al-Nassr, Waleed Abdullah menerusi satu temu bual dalam sebuah program televisyen, di mana beliau mendedahkan bahawa Ronaldo mempelajari ajaran Islam dan budaya secara konsisten bagi meningkatkan persefahaman dengan rakan sepasukannya di Al-Nassr.



Source link

OR

Scroll to Top