Ruang pemain ASEAN All-Stars buka mata Amorim

Ruang pemain ASEAN All-Stars buka mata Amorim


Sidang akhbar Maybank Challenge Cup Malaysia 2025: Manchaster United vs Asian All Stars di sebuah hotel di sini pada Selasa. – FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

AKSI pemain ASEAN All-Stars menentang Manchester United malam esok berpotensi menjadi medan terbaik buat mereka membuka mata pengendali The Red Devils, Ruben Amorim.

Amorim tidak menolak kemungkinan untuk menyenaraikan mana-mana pemain ASEAN dalam perancangannya, sekiranya mereka mampu menampilkan kualiti setanding pemain antarabangsa lain.

“Kami sentiasa mencari pemain terbaik dari seluruh dunia. Jika ada pemain ASEAN yang menunjukkan kemampuan dan nilai yang tinggi, mereka boleh berada dalam radar kami.

“United adalah pasukan global. Kami tidak meletakkan sempadan geografi dalam pencarian pemain. Jika anda cukup bagus, kami akan mempertimbangkannya,” katanya dalam sidang akhbar menjelang aksi Piala Cabaran Maybank pada Selasa.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Amorim menegaskan beliau menuntut komitmen sepenuhnya daripada anak-anak buahnya, walaupun ia bukan aksi kompetitif.

Katanya, sokongan luar biasa yang ditunjukkan penyokong United di Asia Tenggara perlu dibalas dengan persembahan bertenaga sebagai tanda penghargaan.

“Kami tahu musim lalu sangat mencabar buat kelab, tetapi penyokong tetap bersama kami. Jadi, ini peluang terbaik untuk menunjukkan rasa terima kasih kami.

“Di mana sahaja kami pergi, semangat penyokong tetap membara. Kami percaya suasana di Bukit Jalil nanti akan menyamai kehangatan di Old Trafford,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top