Rumah Besar, Ada Tasik, Dekat Golf Club & Siap Smart Home? Dekat Sini Rupanya…

Rumah Besar, Ada Tasik, Dekat Golf Club & Siap Smart Home? Dekat Sini Rupanya…


Kalau diberi pilihan, siapa je yang tak nak duduk dalam kawasan yang tenang, rumah luas, kemudahan lengkap, tapi masih senang nak keluar masuk ke bandar?

Masalahnya, zaman sekarang nak cari semua benda tu dalam satu tempat memang bukan mudah. Ada yang rumah cantik tapi kawasan kosong. Ada yang lokasi strategik tapi rumah pula sempit. Pening kan?

Sebab tu lah bila nampak projek Suria Heights di Bandar Sri Sendayan ni, ramai yang mula bagi perhatian. Sekali dengan Min pun mula nak ambil tahu projek ni tau.

Kawasan Premium & Cukup Lengkap!

Untuk yang tak tahu, Bandar Sri Sendayan sekarang antara kawasan yang sedang berkembang pesat di Negeri Sembilan. Lokasinya pula hanya sekitar 50 minit dari Kuala Lumpur dengan akses mudah ke Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan KLIA.

Pendek kata, nak balik kampung senang, nak ke KL pun taklah rasa macam nak merentas benua je. Betul tak?

Apa yang menarik tentang Suria Heights bukan sekadar rumah dia nampak premium. Kawasan sekeliling pun memang lengkap.

Korang bayangkan hujung minggu tak perlu memandu jauh semata-mata nak cari tempat santai. Penduduk di sini boleh menikmati pelbagai kemudahan termasuk d’Tempat Country Club rumah, kelab komuniti terbesar di Negeri Sembilan yang lengkap dengan kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, pusat boling dan macam-macam lagi.

Kalau korang yang jenis suka jogging petang atau lepak dengan keluarga, ada kawasan rekreasi di Sendayan Green Park yang cukup popular dalam kalangan penduduk setempat. Memang kena datang sini!

Nak minum kopi, cari makan atau uruskan keperluan harian? Sendayan Merchant Square pun dekat je.

Yang ada anak pula mesti suka sebab sekolah antarabangsa Adcote Matrix Malaysia pun berada dalam kawasan bandar yang sama.

Malah, sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) juga telah sedia ada dan kini lengkap beroperasi.

Tiga Pilihan Rumah Yang Berbeza

Bercakap tentang rumah pula, Suria Heights menawarkan tiga pilihan yang berbeza mengikut gaya hidup dan keperluan masing-masing.

Nak rumah lebih eksklusif? Ada Semi-D yang sesetengah unitnya menghadap tasik dan padang golf.

Nak suasana macam Semi-D tapi dengan konsep yang lebih unik? Rumah Kluster di sini didatangkan dengan halaman peribadi sendiri.

Kalau keluarga muda yang sedang mencari rumah pertama, Link Homes pula menawarkan ruang yang luas dan halaman belakang yang cukup selesa.

Ciri Rumah Pintar Disediakan!

Tapi yang paling mencuri perhatian sebenarnya adalah ciri-ciri rumah pintar yang disediakan.

Dari kunci digital, automasi lampu, sistem pembesar suara pintar, CCTV luar rumah sehinggalah Aircond IR Blaster, semuanya direka untuk memudahkan kehidupan harian korang.

Bukan itu je, aspek mesra alam pun turut diberi perhatian dengan penggunaan pemanas air solar bagi semua jenis rumah, selain kemudahan pengecas EV dan sistem tadahan air hujan untuk unit tertentu.

Jujurnya, gambar dan video memang boleh bagi gambaran. Tapi ada benda yang kena tengok sendiri depan mata baru boleh rasa.

Kalau anda tengah survey rumah sekarang, mungkin tak rugi untuk singgah ke rumah contoh Suria Heights.

Mana tahu, rumah impian yang selama ni asyik muncul dekat Pinterest dan TikTok tu sebenarnya ada dekat Bandar Sri Sendayan je.

Nak tengok sendiri? Kunjungi Galeri Jualan dan Rumah Contoh Suria Heights hari ini atau layari suriaheights.com.my untuk maklumat lanjut.






Source link

OR

Scroll to Top