Rumah Sunyi Pun Boleh Jadi Meriah Bila Dapur Menyala, No 3 Tu Paling Ramai Boleh Relate!

Rumah Sunyi Pun Boleh Jadi Meriah Bila Dapur Menyala, No 3 Tu Paling Ramai Boleh Relate!


Setiap keluarga memiliki sambutan hari raya yang berbeza.. Ada yang meriah dengan kunjungan saudara-mara, ada juga yang menyambutnya secara sederhana bersama keluarga kecil.

Namun sebenarnya, perkara paling sederhana di rumah sudah cukup untuk menghidupkan kemeriahan Aidilfitri.

Cuba korang tengok senarai ini, antara semua momen yang berlaku setiap kali Aidilfitri, yang mana satu paling korang boleh relate?

1. Dapur jadi tempat bermulanya kemeriahan raya

Bila tiba musim perayaan, dapur sering menjadi tempat paling sibuk di rumah.

Ada yang mula menyediakan bahan masakan sejak awal pagi, ada yang sibuk menggoreng lauk kegemaran keluarga, dan ada juga yang membantu menyediakan hidangan untuk tetamu yang bakal datang.

Walaupun nampak sederhana, aktiviti di dapur inilah yang sering membuatkan rumah terasa lebih hidup dan penuh dengan kemeriahan.

2. Bau masakan buat suasana rumah terasa lebih hangat

Selain suasana sibuk di dapur, satu lagi perkara yang ramai boleh relate setiap kali raya ialah bau masakan yang memenuhi segenap ruang rumah.

Dari aroma lauk yang baru dimasak hinggalah makanan yang siap terhidang di meja makan, semuanya seolah-olah menjadi tanda bahawa hari raya sudah tiba.

Bagi ramai orang, momen inilah yang membuatkan rumah terasa lebih hangat dan penuh dengan rasa kebersamaan.

3. Meja makan yang penuh selalu jadi tempat orang berkumpul

Selain dapur, satu lagi tempat yang sering menjadi tempat yang meriah setiap kali raya ialah ruang makan.

Di situlah tempat semua orang berkumpul, berbual dan menikmati hidangan bersama.

Kadang-kadang bukan sebab lapar, tetapi kerana momen berkongsi makanan itulah yang menjadikan suasana raya terasa lebih bermakna.

SAJI angkat semangat raya melalui kempen ‘Menyala Lagi Raya’

Semangat inilah yang menjadi inspirasi kepada kempen raya terbaharu oleh SAJI, iaitu “Menyala Lagi Raya”.

Kempen ini mengangkat idea bahawa kemeriahan Aidilfitri sebenarnya sentiasa hidup dalam setiap rumah terutama melalui aktiviti memasak dan menikmati hidangan bersama insan tersayang.

Kemuncak bagi kempen adalah dengan pelancaran video raya berbentuk muzikal yang telah berlangsung pada Rabu, 11 Mac 2026 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dengan kehadiran Pengerusi FELDA, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek serta Pengarah Besar FELDA, Dato’ Dr Suzana Idayu Wati Osman.

Selain itu, video raya muzikal ini turut menzahirkan bagaimana ramadan menjadi titik penyatuan keluarga, menghidupkan kembali tradisi serta menyemarakkan lagi kasih sayang sehingga tibanya syawal.

Dari kiri: Cik Sry Haryanti Mohd Nor, Pengurus Besar Seri Pacific Corporation ; Puan Aznur Kama Azmir,Ketua Bahagian Produk Pengguna FGV merangkap Pegawai Bertanggungjawab Delima Oil Products Sdn Bhd ; Dato’ Dr Suzana Idayu Wati Osman, Pengarah Besar FELDA;  Dato Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA ; Puan Nurul Muhaniza Hanafi, Ahli Lembaga Pengarah FGV, Mohamad Fadzil Hitam, Ahli Lembaga Pengarah FGV dan Puan Norafzan Jasmani,Pengarah Kluster Pembangunan Perniagaan, Seri Pacific Corporation Sdn Bhd.

SAJI perkenal muzik video raya ‘Menyala Lagi Raya’

Muzik video ini menampilkan barisan pelakon dan artis terkenal seperti Dato’ Awie, Vanidah Imran, Nadia Aqilah serta Anas Rizuansebagai teraju utama.

Turut memeriahkan jalan cerita ialah penampilan khas Bront Palarae, Sara Ali, Amirul Effendy dan Ahmad Merrah, sekali gus menambahkan lagi elemen emosi dan hiburan dalam karya tersebut.

Nak tengok macam mana semangat raya itu terus menyala?

Jangan lupa tonton di semua platform digital SAJI di TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube.

SAJI juga perkenalkan maskot baharu ‘Kak Ji’

Menariknya, majlis pelancaran ini turut menyaksikan pengenalan maskot rasmi SAJI yang dikenali sebagai “Kak Ji”.

Maskot ini melambangkan nilai utama SAJI seperti kehangatan, kualiti dan semangat dalam memasak, sekali gus mencerminkan peranan jenama ini sebagai teman setia di dapur rakyat Malaysia.

Dua produk baharu SAJI untuk mudahkan aktiviti memasak

Dalam usaha terus memenuhi keperluan pengguna masa kini, SAJI turut memperkenalkan dua produk baharu iaitu:

1. SAJI Pelengkap Rasa – Campuran rempah serbaguna yang boleh digunakan semasa memasak, sebagai bahan perapan atau gosokan kering pada daging dan ikan.

Ia hadir dengan tekstur granul yang memudahkan penggunaan, selain dilengkapi dengan zip lock untuk mengekalkan kesegaran. Produk ini juga diperbuat daripada bawang asli tanpa pewarna tambahan, memberikan rasa yang lebih autentik dalam setiap hidangan.

2. SAJI Tepung Goreng Serbaguna – Bagi pencinta hidangan rangup pula, SAJI turut memperkenalkan SAJI Tepung Goreng Serbaguna yang hadir dalam dua variasi iaitu Gorengan Asli dan Gorengan Pedas.

Ia dirumus khas untuk menghasilkan gorengan yang rangup dan keemasan serta sesuai digunakan untuk pelbagai jenis hidangan. Malah, ia juga boleh digunakan dengan air fryer, menjadikannya pilihan praktikal untuk gaya masakan moden.

Bukan tu je, korang juga berpeluang untuk menang hadiah sehingga RM50,000!

Kalau korang nak tahu, kempen ini turut dimeriahkan dengan Peraduan SAJI Beli & Menang yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM50,000.

Untuk menyertai, pengguna hanya perlu membeli produk SAJI, SERI PELANGI, PREMEO, ADELA atau GULA PRAI bernilai RM25 ke atas dan menghantar bukti pembelian melalui WhatsApp.

Lebih menarik, pemenang hadiah utama berpeluang memenangi Pakej Umrah Super Saver untuk dua orang hasil kolaborasi bersama Felda Travel, atau pakej percutian setara bagi pemenang bukan Muslim.

Selain itu, korang juga boleh saksikan muzik video Raya “Menyala Lagi Raya” yang menampilkan barisan pelakon dan artis terkenal dalam sebuah penceritaan penuh emosi dan kemeriahan Aidilfitri.

Tonton video penuh melalui pautan di bawah:

Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun rasmi @sajimalaysia bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai kempen ini.

#SAJIMalaysia
#SAJIMenyalaLagiRaya



Source link

OR

Scroll to Top