Rumah terbakar sebelum sempat sambut Deepavali

Rumah terbakar sebelum sempat sambut Deepavali


REMBAU: Sambutan Deepavali empat sekeluarga di Rumah Rakyat Chengkau, di sini, berdepan dugaan apabila rumah yang diduduki mereka sejak lima tahun lalu terbakar, awal pagi semalam.

K. Namoh, 42, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, pelbagai perabot dan keperluan keluarga musnah namun dia lega tiada ahli keluarga yang cedera. 

Menurutnya, ketika kejadian dia, isteri bersama dua anaknya yang berusia empat dan 13 tahun sedang tidur di bilik utama sebelum terhidu bau asap di bilik sebelah. 

“Saya terkejut apabila asap sudah memenuhi bilik dan mengejutkan anak serta isteri lalu terus menarik mereka keluar daripada rumah kerana asap sudah memenuhi ruang rumah. 

“Memang pada masa itu kami ketakutan dan tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang dan hanya memikirkan keselamatan diri serta ahli keluarga sahaja,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 

Ujar Namoh lagi, dia sangat sedih kerana tidak dapat menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini kerana ditimpa musibah ini selain persiapan perayaan itu juga musnah. 

“Esok kami akan sambut perayaan, namun rumah kami tidak boleh diduduki dan kini menumpang di rumah saudara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lada, Abd. Latif Alias berkata, dalam kejadian tersebut, tiga buah rumah terdiri daripada penduduk Melayu, India dan Cina terjejas kebakaran.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini telah hadir menghulurkan bantuan dan berjaya mendapatkan tempat tinggal sementara di rumah transit Rimbunan Kaseh Rembau untuk didiami mangsa hari ini.-UTUSAN.





Source link

OR

Scroll to Top