Ruqyah reda, dapat berita abah meninggal dunia 3 jam sebelum konvokesyen

Ruqyah reda, dapat berita abah meninggal dunia 3 jam sebelum konvokesyen

Ruqyah reda, dapat berita abah meninggal dunia 3 jam sebelum konvokesyen


am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: “Saya menangis dalam kereta selepas dapat berita abah meninggal dunia, tapi kuatkan hati naik pentas kerana cita-cita melihat anak menjadi doktor adalah hasrat arwah,” kata bakal doktor, Siti Ruqyah Adnan,24.

Ruqyah menerima berita kematian ayahnya, Adnan Yasin, 76, tiga jam sebelum menerima skrol sempena Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Kuala Ketil, Kedah pada 2 November lalu.

Ruqyah berkata, keluarga terkejut dengan pemergian bapanya yang dipanggil abah kerana arwah sihat sahaja malah sempat menghantarnya menaiki bas pada 26 Oktober lalu untuk menghadiri konvensyen berkenaan.

“Pagi hari konvokesyen, saya sibuk bersiap dan tak sempat periksa telefon, sehingga dapat panggilan daripada salah seorang kakak memaklumkan abah sudah tiada pada jam 7 pagi.

“Kalau ikutkan saya mahu terus balik ke kampung tetapi atas nasihat rakan dan mengingatkan impian jadi doktor adalah hasrat arwah abah, saya teruskan sehingga tamat majlis sebelum pulang ke kampung dihantar pihak pengurusan universiti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Aman, di sini, hari ini.

Ruqyah berkata, sebelum itu, arwah bapanya yang juga pesara guru sudah menyatakan hasrat untuk tidak menyertai keluarga menghadiri majlis konvokesyen itu kerana perlu menjaga ibunya, Nik Norizan Wan Deraman, 69 yang sudah enam tahun terlantar akibat penyakit angin ahmar.

Katanya, ketika kejadian, arwah dan ibu dijaga abangnya manakala adik beradik yang lain turut datang ke Kedah bagi meraikan Ruqyah yang tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan selepas lima tahun belajar.

“Abang maklumkan selepas solat subuh, ayah mengaji seperti rutin hariannya, tetapi pagi itu, abah mengadu sakit dada sebelum dimaklumkan meninggal dunia selepas arwah dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh.

“Memang sedih dan terkejut dengan pemergian abah, tetapi kami redha,” katanya yang berharta meneruskan cita-cita menjadi doktor seperti diimpikan arwah bapanya yang juga bekas pengetua sekolah.

Kisah pelajar yang kehilangan bapa sebelum beberapa jam tamat konvokesyen tular memaparkan video dia disapa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan takziah di majlis konvokesyen dimuatnaik pegawai khas media beliau, Helmie Khalid di laman sosial.

Ruqyah anak bongsu daripada 10 beradik berkata, kini dia berharap mendapat peluang pekerjaan di Kelantan bagi menjaga ibunya, Nik Norizan yang bergantung pada keperluan lampin dan susu khas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top