Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim berkata dia memberikan sokongan penuh buat isterinya, Maryam You Narae untuk menjadi seorang pelawak.
Memetik mStar Online, Ryzal berkata dia melihat isterinya menunjukkan peningkatan dalam setiap persembahan di program Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5).
BACA: Dikecam Letak Al-Quran Atas Sejadah, Ryzal Ibrahim Mohon Maaf
Bagaimanapun, Ryzal berseloroh mengatakan karakter isterinya di rumah garang dan kuat merajuk serta mendedahkan Maryam kelakar ketika di awal perkahwinan sahaja.
“Persembahan dan di rumah lain karakternya. Apabila di rumah, dia (Maryam) isteri saya, dia garang siap kuat merajuk… kelakarnya tu waktu mula-mula kahwin saja.
“Maryam banyak juga bertanya dengan saya selepas habis persembahan dan saya juga ada berikan beberapa contoh komedi yang sesuai untuk buat lawak sebab benda ni sangat baru buat Maryam,” katanya.
Sementara itu, Ryzal berkata mereka sekeluarga menyokong isterinya termasuk keluarga mentuanya meskipun tidak memahami lawak dipersembahan Maryam kerana perbezaan bahasa.
“Keluarga kami sangat sokong apa yang isteri saya buat ini walaupun mak tak faham lawak Maryam tapi masih gelak, keluarga Maryam pun sama sebab orang Korea kan, jadi susah nak faham bahasa tu,” katanya.
Sumber: mStar Online






