Sabah FC bukan untuk dijual

Sabah FC bukan untuk dijual


Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menafikan mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham kelab Liga Super, Sabah FC.

PERSATUAN Bola Sepak Sabah (SAFA) menafikan mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham kelab Liga Super, Sabah FC.

Malah, presidennya, Datuk Shahelmey Yahya menegaskan badan induk bola sepak Sabah itu tidak pernah bertemu individu atau dengan mana-mana wakil bagi pihak yang mendakwa mendapat tawaran penjualan saham kelab yang menghuni tangga ketiga Liga Super berkenaan.

Katanya, ini termasuk memaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkaitan penjualan saham The Rhinos.

“Kenyataan ini dikeluarkan untuk menjelaskan pendirian SAFA dan Sabah FC bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham berkaitan dakwaan tersebut.

“Sekali lagi saya tegaskan di sini, SAFA tidak pernah bertemu individu atau dengan mana-mana wakil bagi pihak yang mendakwa mendapat tawaran penjualan saham Sabah FC,” katanya pada Khamis.

Shahelmey berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan dalam laman Facebook DSAT ‘ditawarkan’ mengambil alih Sabah FC.

DSAT dalam laman tersebut mengucapkan terima kasih kepada Presiden SAFA, merangkap Timbalan Ketua Menteri selepas bersetuju menawarkan Sabah FC sekali gus kononnya mengesahkan tawaran sudah dimaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah.



Source link

OR

Scroll to Top