Sabah jinakkan Perak di Stadium Manjung

Sabah jinakkan Perak di Stadium Manjung


LUMUT: Sabah merencatkan rentak tiga kemenangan berturut-turut Perak FC sebelum ini apabila menumpaskan pasukan tuan rumah 4-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Manjung di sini hari ini.

Pasukan tuan rumah mendahului permainan menerusi sepakan penalti ketua pasukan, Luciano Guaycochea pada pada minit ke-30 selepas dia dijatuhkan di depan pintu gol Sabah.

Kegembiraan pasukan tuan rumah tidak bertahan lama apabila pemain pertahanan pelawat, Kwang Min Ko, menendang deras bola dari luar kotak penalti yang menerjah masuk ke penjuru kanan gawang Perak pada minit ke-39 untuk Sabah mengikat kedudukan 1-1.

Sabah mendahului permainan apabila pemain kebangsaan, Stuart Wilkin menjaringkan gol pada minit ke-44 menerusi sepakan dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Perak FC, Muhammad Haziq Nadzli.

Clayton Da Silveira kembali menggamatkan penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru Luciano pada minit ke-49 untuk jaringan penyamaan.

Sabah kembali mendahului permainan apabila Joao Pedro merembat masuk bola selepas menerima hantaran cantik daripada Gabriel Schmegel pada minit ke-83.

Pasukan pelawat terus menambah derita Perak apabila Miguel Angel Garrido menjaringkan gol keempat pada minit ke-88. – UTUSAN

 





Source link

OR

Scroll to Top