Sabah tekad rempuh KL City di Cheras

Sabah tekad rempuh KL City di Cheras


Sabah FC akan buka kempen Liga Super 2025/26 berdepan KL City di Cheras. FOTO: Sabah FC

SABAH FC bersedia mengharungi cabaran sengit menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) pada aksi pembukaan Liga Super 2025/26 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.

Jurulatihnya, Alto Linus mengakui pertemuan itu bukan tugas mudah memandangkan KL City tampil dengan motivasi tinggi selepas menundukkan Imigresen FC 3-0 pada aksi pertama minggu lalu selain memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Walaupun sedar mereka berada pada prestasi terbaik, kami tetap optimis. Kami ada perancangan dan strategi tersendiri untuk mengharungi perlawanan ini,” katanya.

Musim lalu, Sabah menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super dengan 40 mata hasil 11 kemenangan, tujuh seri dan enam kekalahan daripada 24 perlawanan.

Menurut Alto, kebanyakan pemain utama musim lalu kekal bersama skuad selain beberapa muka baharu yang pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan diterapkan barisan kejurulatihan sepanjang pramusim.

“Musim ini KL City memiliki pemain berkualiti seperti Sapawi Rashid dan Manuel Hidalgo.

“Namun, saya percaya pemain kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengekang ancaman mereka. Fokus serta disiplin taktikal menjadi kunci utama malam ini,” katanya.

LIGA SUPER 2025/26

13 OGOS (RABU)

KL City FC lwn Sabah FC

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)

Melaka FC lwn Penang FC

(Stdm Hang Jebat, 8.15 malam)

Terengganu FC lwn PDRM FC

(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)

 



Source link

OR

Scroll to Top