Sabotaj kestabilan negara: PDRM teliti menyeluruh setiap aspek – KPN

Sabotaj kestabilan negara: PDRM teliti menyeluruh setiap aspek – KPN


SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan penelitian menyeluruh bagi sebelum sebarang tindakan diambil berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan berkenaan memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

Menurutnya, ini bagi memastikan setiap aspek diteliti secara menyeluruh.

“Perkara ini masih dalam tindakan pihak polis dan diharap semua pihak dapat bersabar. Sudah pasti siasatan akan dijalankan secara profesional berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh.

“Sekiranya ada perkembangan, kita akan maklum,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Mohd Khalid dilaporkan berkata, satu laporan diterima pihaknya pada Khamis berkenaan isu terbabit dengan dakwaan melibatkan seorang individu tempatan berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.

Kata Mohd Khalid, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Dalam kenyataan lain, Jabatan Peguam Negara dengan tegas berkata, mana-mana pihak yang didapati terlibat, sekiranya ada, hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang.

 

Ringkasan AI

  • Polis Diraja Malaysia melaksanakan penelitian menyeluruh berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan Ketua Polis Negara menyatakan siasatan memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa Siasatan akan dijalankan secara profesional berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh Laporan diterima berkaitan dengan dakwaan melibatkan individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa Jabatan Peguam Negara menyatakan mana-mana pihak terlibat hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang



Source link

OR

Scroll to Top