Penyanyi Sabronzo berkata meskipun sudah mendirikan rumah tangga ianya tidak menghalang untuk dia terus aktif dalam duni seni bersama kumpulan Dolla.
Memetik mStar Online, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina berkata suaminya, Ryan Fieret memberi motivasi untuk melakukan lebih baik dalam kerjayanya.
BACA: “Sabronzo Tu Islam, Kenapa Semua Macam Terkejut?” – Netizen
“Saya tak rasa perkahwinan ini menjejaskan kerjaya, malah ia membuatkan saya rasa lebih bersemangat.
“Saya sentiasa fokus dan akan memberikan komitmen untuk mencapai segala sasaran bersama Dolla. Suami saya beri motivasi untuk menjadi lebih baik memandangkan kami berada dalam bidang sama,” katanya.
Sementara itu, Sabronzo berkata dia kini lebih bahagia dan tenang disamping suami tercinta dan dia banyak membimbing Ryan tentang agama Islam.
“Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin saya baik-baik saja. Saya gembira telah berjumpa lelaki yang terbaik.
“Agama lama dia juga mengajar tentang keamanan dan ketenangan. Apa yang penting ialah cara saya mengajar suami tentang Islam. Selagi mana kehidupan kami dipenuhi dengan kebaikan dan cinta, InsyaAllah semuanya akan okay,” katanya.
September lalu, Sabronzo akhirnya mengesahkan dia sudah pun bergelar isteri kepada Ryan Fieret dan majlis mereka dikhabarkan berlangsung di Bali, Indonesia.
Sumber: mStar Online






