Saifuddin luah bangga! PDRM kini diiktiraf setanding pasukan keselamatan AS

Saifuddin luah bangga! PDRM kini diiktiraf setanding pasukan keselamatan AS


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meluahkan rasa bangga apabila kecekapan dan profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini diiktiraf setanding dengan agensi keselamatan antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS).

Saifuddin bangga dengan pengiktirafan tersebut

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan pengiktirafan itu terbukti semasa Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini apabila PDRM berjaya mengurus keselamatan pemimpin berisiko tinggi seperti Presiden AS, Donald Trump.

“PDRM membuktikan kompetensi mereka adalah setanding dengan agensi keselamatan asing, dan dalam konteks menerima Presiden Trump, yang diklasifikasikan sebagai delegasi berisiko tinggi, kerjasama dengan pasukan keselamatan AS yang terlatih adalah sangat rapat dan berkesan.
“Mereka memberikan kepercayaan kepada kita… walaupun mereka mempunyai prosedur keselamatan sendiri, PDRM tetap mengambil alih tanggungjawab sebagai penentu muktamad aspek keselamatan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.

Saifuddin dedah kejayaan hasil persiapan rapi

Tambah beliau, kejayaan itu hasil persiapan rapi termasuk senarai semak terperinci serta perbincangan bersama pasukan keselamatan antarabangsa seperti Agensi Perkhidmatan Rahsia AS.

saifuddin

Artikel lain: Malaysia kekal komited banteras jenayah, angkat martabat kemanusiaan – Saifuddin

Jelasnya, apabila strategi keselamatan dan cadangan PDRM diterima baik oleh pihak AS, ia membuktikan kemampuan pasukan keselamatan negara diiktiraf dunia.

Sumber: Bernama (Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad)





Source link

OR

Scroll to Top