Saifuddin ziarah Gobind Singh sempena Deepavali

Saifuddin ziarah Gobind Singh sempena Deepavali


Saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengambil peluang menziarahi Menteri Digital, Gobind Singh Deo di rumahnya sempena sambutan perayaan Deepavali, hari ini.

“Saya ambil peluang di hari cuti perayaan Deepavali hari ini untuk bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menziarahi rumah sahabat kami, Gobind Singh Deo.

“Suasana penuh mesra, diwarnai dengan cahaya kegembiraan dan semangat muhibah antara kita semua dan inilah wajah sebenar Malaysia.

“Perbezaan dan persahabatan diraikan serta perpaduan jadi kekuatan. Selamat menyambut Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.

“Semoga cahaya Deepavali terus menyinari jalan perpaduan dan persahabatan antara kita,” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya, di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian beliau, kelihatan Gobind melayan pemimpin yang hadir dengan juadah istimewa Deepavali.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top