Pempengaruh media sosial, Sajat meluahkan rasa syukur berjaya membeli kereta idamannya, Mercedes-Benz.
Menerusi perkongsian di Instagram, ianya merupakan pencapaian besar dalam hidupnya selepas empat tahun bekerja keras dan ia adalah hasil titik peluhnya sendiri.
BACA: “Doakan & Bantu Sajat Untuk Balik Malaysia, Saya Takut Dia Akan Lagi Hanyut”
“Alhamdulillah, hari ini merupakan salah satu pencapaian yang besar dalam hidup saya. Selepas hampir empat tahun berusaha, bekerja keras dan terus percaya pada diri sendiri, akhirnya saya berjaya capai impian saya memiliki sebuah Mercedes-Benz.
“Mungkin ia bukan kereta paling mahal di dunia, tetapi saya milikinya dengan hasil titik peluh, usaha dan perjalanan hidup saya sendiri. Saya amat bersyukur,” tulisnya.
Sementara itu, Sajat berkata ianya bukan sekadar kereta tetapi simbolik kepada usaha dan pengorbanannya sertta air mata setiap kali dia berdepan kegagalan.
“Ini bukan sekadar kereta. Ini meningatkan saya bahawa setiap doa, air mata dan setiap kali saya jatuh, itu semuanya berbaloi.
“Jika awak inginkan sesuatu, usahakanlah. Percayalah pada ketentuan waktu daripada Allah. Apabila tiba masanya, tiada siapa yang dapat menghalang apa yang telah tertulis untuk awak,” katanya.






