Saka masalah besar buat Gyokeres

Saka masalah besar buat Gyokeres

Saka masalah besar buat Gyokeres


Gyokeres (kiri) perlu mendapatkan sokongan lebih baik menerusi hantaran lintang daripada Saka.

BEKAS pemain tengah Liverpool, Jamie Redknapp menyifatkan corak permainan Bukayo Saka sebagai masalah besar buat rakan sepasukannya, Viktor Gyokeres, walaupun Arsenal berjaya menewaskan Chelsea 3-2 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga pada Khamis.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu kini mempunyai kelebihan tipis untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas menundukkan The Blues di Stamford Bridge.

Gol sumbangan Gyokeres, Ben White dan Martin Zubimendi memastikan momentum cemerlang Arsenal diteruskan, sekali gus menghampiri penantian menjulang trofi utama.

Gyokeres, penyerang bernilai £64 juta, sebelum ini dikritik hebat oleh Gary Neville sebagai sangat lemah ketika seri tanpa jaringan menentang Liverpool, namun tampil lebih bertenaga ketika berdepan Chelsea.

Bagaimanapun, Redknapp berpendapat penyerang itu boleh menjadi lebih efektif jika hantaran bola yang diterima lebih serasi dengan naluri penyudahnya.

“Menentang Chelsea merupakan malam yang baik untuk Viktor Gyokeres. Satu persembahan yang luar biasa.

“Kebiasaannya, hantaran lintang yang dia dapat selalunya datang daripada pemain sayap kanan berkaki kanan dan pemain sayap kiri berkaki kiri.

“Masalah utama apabila dia bermain untuk Arsenal ialah Bukayo Saka bermain di sayap kanan tetapi berkaki kiri. Apabila Bukayo berada di posisi itu, dia tidak terus melakukan hantaran lintang ke muka gawang, sebaliknya dia lebih gemar memotong masuk.

“Di situlah punca kekecewaan (Gyokeres) itu datang,” jelas Redknapp.

Kemenangan itu memberikan Arsenal kelebihan satu gol menjelang aksi timbal balik kedua nanti.

Ringkasan AI

  • Bekas pemain tengah Liverpool, Jamie Redknapp menyifatkan corak permainan Bukayo Saka sebagai masalah buat Viktor Gyokeres
  • Arsenal berjaya menewaskan Chelsea 3-2 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga
  • Gol daripada Gyokeres, Ben White dan Martin Zubimendi memastikan kemenangan untuk Arsenal
  • Gyokeres dikritik sebelum ini tetapi tampil bertenaga ketika berdepan Chelsea
  • Redknapp percaya Gyokeres boleh lebih efektif jika menerima hantaran bola yang lebih serasi dengan nalurinya



Source link

OR

Scroll to Top